Friday, 15 September 2017

4 Kelebihan Dan Kekurangan Dalam Pemasaran Online

Posted at  September 15, 2017  |  in  tips


Pemasaran online atau pemasaran menggunakan platform internet sering menjadi strategi no.1 bagi usahawan di seluruh dunia pada hari ini. Pemasaran online dapat meningkatkan penjualan produk atau perkhidmatan anda. Namun begitu pemasaran online mempunyai kebaikan dan kelemahan tersendiri yang harus difikirkan sebelum memulakan perniagaan di internet.

Di samping mempunyai manfaat yang banyak dalam perniagaan menggunakan pemasaran online, anda juga perlu berwaspada pada kelemahannya. Kekurangan-kekurangan ini akan membantutkan usaha anda untuk mengembangkan bisnes jika tidak ditangani dengan bijaksana. Untuk mengurangkan risiko anda harus memfokuskan kepada manfaat positif atau kelebihannya di samping mengecilkan kelemahannya.

Berikut adalah beberapa kelebihan dan kekurangan yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk usahawan dalam perniagaan internet.

Kelebihan pemasaran online adalah :

1. Kedai dapat dibuka 24 jam sehari
Sebuah kedai fisikal atau konvensional biasanya hanya dibuka beberapa jam sahaja misalnya bermula jam 9 pagi hinga 10 malam, di luar masa itu pembeli yang ingin melakukan transaksi tidak dapat dilayani. Dengan menggunakan kedai online masalah seperti itu dapat diatasi. Kedai anda akan dapat beroperasi 24 jam walaupun anda sedang tidur.

2. Mudah dan cepat untuk mencari barang.
Proses mencari barang dapat dilakukan sepantas kilat walau dimanapun berada asalkan ada sambungan internet. Dengan menggunakan butang search yang tersedia atau hanya klik kategori yang disediakan, pelanggan dapat mencari barang dengan mudah dan menjimatkan masa.

3. Dapat membandingkan harga dengan cepat dan mudah.
Proses membandingkan harga dapat dilakukan dengan sangat mudah dan cepat dengan hanya membuka beberapa kedai online tanpa harus datang ke kedai konvensional satu persatu.

4. Kos pelaburan yang rendah.
Untuk mempunyai kedai online biasanya memerlukan modal yang sangat rendah berbanding membuka kedai konvensional. Anda hanya perlu menyewa domain dan hosting. tanpa perlu menyewa kedai atau bangunan sepertimana kedai konvensional. Anda juga tidak perlu memikirkan kos untuk membayar gaji pekerja yang ramai kerana kebanyakan kerja seperti pengurusan stok, akaun, jualan dan lain-lain boleh dilakukan melalui atas talian sahaja. Dan yang lebih menariknya lagi anda tidak perlu menyimpan stok yang banyak untuk menjual atau menawarkan produk.
Selain kelebihan, berikut adalah kelemahan yang boleh dijadikan panduan untuk mengembangkan perniagaan anda.

Kekurangan pemasaran online adalah :

1. Tidak Dapat Beli Dan Terus Bawa Balik
Barangan yang dibeli melalui kedai online biasanya tidak terus sampai ke tangan pelanggan. Pelanggan harus menunggu beberapa jam atau beberapa hari bergantung kepada proses pengiriman kedai online tersebut. Pembeli juga dibebani rasa was-was jika melakukan proses pembayaran terlebih dahulu dan bimbang barang yang ditempah tidak sampai. Selain itu pembeli juga harus membayar kos pengeposan barangan. Mungkin hal ini membebankan sesetengah pembeli.

2. Maklumat Tentang Produk Hanya Berupa Teks Dan Gambar.
Kedai online biasanya hanya mempamerkan teks(penjelasan mengenai produk) dan gambar sahaja atau kadang-kadang berupa animasi. Perkara ini berbeza dengan kedai konvensional di mana pembeli dapat memerhatikan dan memegang sendiri produk yang dijual.

3. Hanya Berkitar Di kalangan Prospek Yang Tahu Menggunakan Internet Sahaja
Seperti yang kita tahu masih ramai lagi yang tidak pandai menggunakan internet sepenuhnya. Selalunya ada sahaja orang yang tidak pernah membuat pembelian menggunakan platform online oleh kerana faktor ketidakpercayaan dan kekurangan ilmu.

4. Anggapan Sesetengah Orang Mengatakan Pembelian Di Internet Adalah Lebih Mahal
Masih ramai yang beranggapan pembelian menggunakan platform online memerlukan kos yang besar berbanding pembelian secara terus di kedai konvensional. Mereka tidak sedar yang apabila mereka membuat pembelian di kedai konvensional, mereka perlu memasukkan sekali kos pengangkutan dan kos lain seperti makan dan minum serta kos masa.

Kesimpulannya pemasaran dan perniagaan online memerlukan ilmu yang betul sebelum kita libatkan diri atau menggunakan teknik ini supaya kita akan mendapat hasil dan keuntungan yang telah disasarkan.

Share this post

Tentang Zakuan Mohamad

Zakuan Mohamad di kenali sebagai Trainer dan Konsultan dalam ecommerce. Kepakaran beliau adalah membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan sehingga 300% melalui kedai online dan integrasi media sosial.. Ikuti belau FB Page.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Zakuan Mohamad Blog.
Powered by Zakuanmohamad.com .
back to top