Setiap orang pasti berhutang. Betul? Tetapi apa yang penting kita perlu berhutang dengan cara yang betul dan mengikut kemampuan masing-masing, bukan berhutang mengikut kehendak diri sendiri. Ini kerana apabila kita mula berhutang di luar kemampuan kita ia akan menyebabkan diri kita terperangkap dalam hutang yang berpanjangan.
Terdapat 4 Cara Lunas Hutang Dengan Sedekah
1) Niat Ikhlas Kerana Allah
– Di dalam bersedekah, mesti disertai dengan niat yang betul. Niat kerana Allah. Sedekah dengan niat untuk membanggakan diri akan menyulitkan lagi urusan kita untuk membayar hutang. Sedangkan niat ikhlas kerana Allah akan mensucikan harta kita yang akan datang dengan sendirinya. Disaat kita memberi sedekah kepada seseorang penerima sedekah itu pasti akan bersyukur dan gembira dengan pemberian itu. Penerima sedekah pasti mendoakan kesejahteraan untuk kita nanti. Dalam tak sedar, rezeki kita dimudahkan lagi oleh Allah SWT. Dengan begitu, sedikit demi sedikit hutang kita yang banyak akan mulai berkurang.
2) Ubah Mindset
– Kita perlu ubah cara pemikiran kita dan cara pandang kita tentang hutang dan sedekah. Mula-mula sekali buang perasaan sedih, gundah-gulana dan mesti akui bahawa kita mempunyai hutang. Akui kesilapan, jangan sedih berpanjangan, dan carilah jalan terbaik untuk selesaikannya. Paling penting, percaya pada kekuasaan Allah Maha Besar. Dia Maha Besar berbanding hutang-hutang kita itu dan pasti akan menolong hambaNya.
3) Yakin Dengan Janji Allah
– Yakin dengan janji Allah di mana setiap kebaikan yang kita buat akan digantikan 10 kali ganda oleh Allah. Contoh formulanya, jika kita berhutang RM100, kita perlu bersedekah RM10. Ini kerana, RM10 x 10 kali ganda = RM100. Namun begitu, jika kita tidak mampu, sedekahlah apa sahaja yang kita ada. Ia tidak semestinya mengikut formula tersebut. Jika kita tiada apa-apa untuk disedekahkan, jual apa sahaja barangan kita yang boleh dijual dan sedekahkan wang itu. Yakin bahawa Allah akan gandakan setelah kita mengeluarkan dahulu duit untuk bersedekah.
4) Usaha & Doa
– Kita harus menjadi seorang yang rajin berusaha samaada kerja, bisnes atau cari pendapatan tambahan. Tiada alasan untuk berikhtiar demi melunaskan hutang. Setelah kita berusaha dengan cara yang betul, berdoalah. Pasti Allah akan membantu kita dengan caraNya yang tersendiri. Islam turut mengajar doa untuk memudahkan membayar hutang.
Doanya adalah :
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kesusahan dan kedukaan, aku berlindung kepada-Mu dari lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu dari takut (miskin) dan kikir, aku berlindung kepada-Mu dari banyaknya hutang dan paksaan orang-orang”
Bacalah doa tersebut dibaca setiap sehabis sholat 5 waktu, sebanyak tiga kali agar lebih segera terkabul.
In sha Allah, amalan bersedekah pasti akan memudahkan kita melunaskan semua hutang kita, dan tidak akan pernah mengurangkan harta dan wang kita. Malah, ia menjadikan rezeki kita bertambah dan untuk simpanan bekalan harta kita di akhirat nanti.
https://www.zakuanmohamad.com
0 comments: