Thursday, 22 August 2019

3 Langkah Mudah Untuk Cepat Berhenti Merokok

Posted at  August 22, 2019  |  in  tips kesihatan


Ramai perokok nak berhenti merokok tapi mengharapkan suatu magikal atau keajaiban berlaku. Mereka nak berhenti tapi tak nak luangkan masa untuk pelajari teknik2 berkesan dan dah terbukti berjaya. Kami akan dedahkan 3 langkah mudah yang dah bantu ramai perokok berhenti dengan mudah tanpa sebarang ubat.
Pernahkah anda dengar atau memang anda sendiri yang hingga sekarang masih belum terjumpa formula yang betul2 terbukti berkesan dalam masa yang singkat? Ikuti langkah mudah ini jika anda betul2 nak dibantu.
#1 Niat
Perkara pertama yang harus ada dalam jiwa perokok adalah niat. Niat yang bagaimana dapat bantu anda berhenti dalam masa yang singkat? Sudah semestinya niat yang sungguh2. Ramai perokok gagal adalah kerana mereka CUBA untuk berhenti. Mereka tak yakin dengan keputusan mereka. Ingat…tiada istilah CUBA dalam usaha untuk berhenti merokok. Bila nak berhenti merokok, buat dengan SUNGGUH2. Jangan lagi mencuba untuk berhenti.
.
Jika kita nak berhenti merokok lakukan dengan penuh tekun, niat yang cukup jelas dan penuh keazaman. Mungkin penghujung lembaran 2018 ini adalah lembaran terakhir untuk anda keluar dari zon seorang perokok yang ketagih nikotin kepada zon bekas perokok buat selamanya. InshaAllah…
.
#2 Buang dan sisih
.
Anda betul2 nak berhenti merokok? Buat tindakan sekarang. Jangan bertangguh lagi. Lagi lama anda menunggu untuk bertindak lagi lama anda sukar untuk bebas dari bahan beracun itu. Buang rokok, lighter, ash tray dan semua barang berkaitan rokok seperti vaper. Sisihkan diri dari asap rokok. Jauhkan diri dari rakan2 perokok terutama masa tempoh berpantang. Cari rakan2 positif baru yang dapat memimpin anda ke arah hidup lebih sihat dan produktif.
.
Anda tidak rugi apa2 pun jika anda perbaiki keadaan sekeliling anda. Banyakkan waktu bersama orang2 yang tidak merokok dan isi masa anda dengan aktiviti kerohanian yang dapat mendekatkan diri anda kepada Yang Maha Pencipta.
.
#3 konsisten
99.99% mereka yg menjalani terapi berhenti merokok telah mengalami perit tekak, loya, muntah dan benci kepada rokok. Tetapi apa yang saya selalu tekankan adalah mereka boleh memilih untuk terus kekal sebagai bekas perokok atau mereka nak paksa tekak mereka untuk terima asap payau itu hingga menjadi nikmat semula. Keputusan di tangan mereka.
.
Bila dah hilang rasa kenikmatan palsu terhadap asap rokok, mereka perlu kekalkan keadaan itu. Apa yg saya ajar adalah jangan mula walau sebatang atau satu sedut. Macam yang saya bagitahu tadi…jika paksa tekak untuk terima rokok kemungkinan besar mereka akan jadi perokok semula.
.
.
Tiada siapa yang dapat mengubah anda jika anda sendiri tidak bersedia untuk berubah. Mulakan hari ini dengan tindakan nekad, ikhlas, pasrah dan tekun. Saya doakan anda bebas rokok buat selamanya.
#zakuanmohamad
#zealrichacademy
#rkbmacademy
#stopsmoking
#smokingcessation
#teknikberhentimerokok
#teknikmudah
#teknikterkini
#teknikcepat
#strategiberkesan
#tipberhentimerokok
#caraberhentimerokok
#langkahmudahberhentimerokok
#stopnow
#quitsmoking
#quitnow

Share this post

Tentang Zakuan Mohamad

Zakuan Mohamad di kenali sebagai Trainer dan Konsultan dalam ecommerce. Kepakaran beliau adalah membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan sehingga 300% melalui kedai online dan integrasi media sosial.. Ikuti belau FB Page.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Zakuan Mohamad Blog.
Powered by Zakuanmohamad.com .
back to top