CARA ELAK IG STUCK/HANGED
Pernah atau tidak anda mengalami masalah IG anda hang tiba2 semasa anda sedang menulis. Keadaan ini sering berlaku apabila:
1. IG anda dah lama tidak update
2. Handphone anda memang jenis RAM yang slow
3. Anda memasukkan fungsi hash tag(#)
4. Anda memasukkan link
Itu antara keadaan yang selalu mengakibatkan proses menulis anda terhenti dalam waktu yang sangat lama. Kadang2 keluar popup error yang bertanyakan samada anda nak terus menunggu, report atau tutup secara paksa IG anda. Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila anda terpaksa menulis semula apabila tulisan anda tadi tiba2 hilang. Sudahlah pada masa itu anda tengah banyak idea.
Geram/fade up/give up?
Sabar. Ada penyelesaiannya...
Pastikan anda update dahulu aplikasi IG anda ke versi yang terkini. Kemudian download dan install versi terkini Google Keep dekat Playstore/AppStore. Free jer aplikasi ni. Bila dah selesai login menggunakan akaun gmail anda ke dalam Keep, silakan menulis idea anda di dalamnya.
Tuliskan idea anda disertai dengan # tag dan link semahu anda. Kelebihan Google Keep adalah anda boleh menulis semasa tiada talian internet dan ia akan secara automatik boleh diakses melalui handset lain atau di PC/Laptop yang menggunakan akaun gmail yang sama.
Dah selesai menulis anda boleh keluar dahulu daripada Keep. Sediakan gambar yang menarik untuk dimuat naik ke IG. Bila dah ready dengan gambar, silakan copy ayat2 yang anda tulis tadi di Keep. Jangan lupa gunakan fungsi Select All > Copy.
Sekarang anda buka IG anda, muat naik gambar dan kemudian paste kan ayat yang anda tulis tadi.InshaAllah IG anda tidak akan tersangkut lagi. Akhir sekali tekan butang Share seperti biasa.
Taada... posting anda sudah berada di IG tanpa sebarang masalah.
InshaAllah akan datang kita akan belajar pula cara2 untuk memanfaatkan Google Keep dan perisian percuma lain yang ada dekat handphone anda.
Kongsikan posting ini agar lebih ramai dapat manfaat.
#tipsIG
#tipsBijakIT
#tutorial
#bijakIT
#tipsPemasaran
#zakuanmohamad
#zealrichacademy
0 comments: