Monday, 26 August 2019

Apa itu Blog Niaga

Posted at  August 26, 2019  |  in  Simple Ecommerce


Ramai yang masih tertanya-tanya Apa itu Blog Niaga? Macam pernah dengar kan? Tapi tak pasti. Meh abang ceritakan... 

Blog Niaga selalunya dipanggil dengan bermacam-macam nama misalnya Blogoshop, Blogshop, Simple Ecommerce, Blog Usahawan dan macam-macam panggilan lagin. Sebenarnya Blog Niaga adalah sebuah kedai online untuk usahawan menjual produk atau perkhidmatan menggunakan platform percuma iaitu Blogger dari Google. Blog niaga menggunakan teknik simple ecommerce yang boleh dipelajari dalam masa yang singkat dan sangat cepat.

Kenapa Blog Niaga menggunakan Blogger dari Google?

Sebenarnya kita boleh menggunakan Sistem Pengurusan Kandungan(CMS) lain seperti WordPress, Joomla, Drupal dan lain-lain untuk membina Blog Niaga. Namun kami menyarankan Blogger dari Google adalah kerana ia 100% PERCUMA, simple, mudah untuk dipelajari (walaupun anda tiada asas IT), senang untuk mengakses (dengan hanya ada akaun gmail boleh bina seberapa banyak blog yang anda mahu), boleh digabungkan dengan aplikasi online lain untuk menampung kekurangannya(contohnya boleh guna Google Form untuk memasukkan borang online di dalam blog), blog mudah dijumpai di Google Search(kerana Blogger adalah salah produk dari Google) dan banyak lagi kelebihan lain yang sangat sesuai untuk pemula, usahawan yang nak bisnes mereka nampak di internet, usahawan yang nak kedai online mereka siap dengan cepat dan kepada usahawan yang concern tentang kos pemasaran.

Boleh jual produk apa dekat Blog Niaga?

Akan datang saya akan share 10 idea bisnes online tanpa modal di Blog Niaga. Stay tuned...


#mudahnyablogniaga
#blogniaga
#blog
#bisnesonline
#pemasaran
#integratedmarketing
#ecommerce
#zealrichacademy
#ppumu
#pusatinternet
#pusatinternetmanekurai
#pusatinternetpahi
#pusatinternetkarangan

Share this post

Tentang Zakuan Mohamad

Zakuan Mohamad di kenali sebagai Trainer dan Konsultan dalam ecommerce. Kepakaran beliau adalah membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan sehingga 300% melalui kedai online dan integrasi media sosial.. Ikuti belau FB Page.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Zakuan Mohamad Blog.
Powered by Zakuanmohamad.com .
back to top