Teknologi digital menjadi sebuah platform wajib untuk melonjakkan bisnes dengan cepat melalui online. Salah satu alat mempercepatkan lonjakan bisnes adalah website.
Jom kita bincang mengenai 7 sebab kenapa usahawan wajib memiliki website di dalam perniagaan.
1. Bukti perniagaan wujud.
Kebanyakan prospek membuat carian mengenai sebuah bisnes atau produk melalui handset atau laptop sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu. Apabila jenama bisnes atau produk anda mudah dijumpai di internet ia akan meyakinkan bakal pembeli yang bisnes anda memang betul-betul wujud.
2. Kawalan ke atas maklumat yang hendak disampaikan. Website sendiri menjadikan kita bebas untuk berkarya atau meletakkan sebarang info dan promosi tanpa batasan. Ia berbeza dengan apabila kita menumpang website media sosial orang lain kerana kita tertakluk kepada undang-undang atau terma yang ditetapkan oleh pemilik asal website tersebut.
3. Strategi pemasaran lebih efektif. Apa sahaja aktiviti pemasaran melalui kandungan di website akan terus dipamer di muka utama atau di dalam blog website kita tanpa melalui bayaran iklan. Database pengguna dapat dikawal melalui sistem di website. Ia berbeza apabila kita hendak membuat pemasaran di media sosial di mana ianya jarang sampai kepada pembaca jika tidak menggunakan iklan berbayar.
4. Perniagaan mudah dicari di enjin carian. Item pertama yang timbul di bahagian atas carian samada menggunakan enjin pencari google atau yahoo adalah website dengan extension .com . Apabila prospek membuat carian mengenai bisnes kita ia akan menjadi lebih mudah dijumpai apabila kita ada wesbite sendiri.
5. Meningkatkan kepercayaan pelanggan tentang jenama. Apabila jenama bisnes kita mudah dijumpai di internet ia akan menaikkan tahap kepercayaan dan keyakinan bakal pelanggan terutama kandungan yang keluar di enjin carian adalah dari website.
6. Dapat memperkenalkan bisnes kita ke serata dunia. Apabila kita mempunyai website sendiri secara tidak langsung kita memiliki alamat domain dengan extension .com sendiri. Domain ini adalah unik untuk kita sahaja. Hanya kita sahaja menggunakan alamat domain tersebut di dunia ini. Bilamana orang yang berminat dengan jenama kita membuat carian walau di mana sahaja mereka berada menjadikan ia mudah diakses di seluruh dunia asalkan ada capaian internet.
7. Beroperasi 24 jam sehari. Kandungan di website boleh diakses sepanjang masa melalui handset atau laptop yang bersambung dengan internet. Jika prospek ingin mendapatkan info lanjut mengenai produk kita atau ingin membuat pembelian di website ecommerce kita ia tidak menjadi masalah walaupun ketika kita sedang tidur. Semuanya boleh berlaku secara automatik apabila kita bijak memanfaatkan website kita.
Itulah antara sebab kenapa usahawan wajib miliki website di zaman online ini. Semoga apa yang disampaikan tadi menjadi asbab dalam memajukan bisnes anda masing-masing.
0 comments: