5 KESILAPAN DALAM PEMASARAN ONLINE
Bisnes anda sedang bermasalah jika anda lakukan perkara ini.
Konsep pemasaran adalah untuk buat orang nampak, kenal dan ingat tentang produk atau perkhidmatan kita. Cara paling mudah dan cepat untuk buat orang nampak dan kenal adalah menggunakan teknik pemasaran online. Tersangatlah rugi jika kita tidak memanfaatkan dengan cara yang betul dan berkesan teknik pemasaran online.
Bila tanya usahawan ramai yang mengaku yang mereka dah buat pemasaran online tapi hasilnya masih krik krik katanya. Kenapa? Keadaan ini berlaku kerana anda tidak sedar yang anda sedang melakukan kesilapan dalam pemasaran online.
Jom kita lihat apa kesilapan yang sering usahawan lakukan dalam pemasaran online.
1. Tiada website profesional.
Cari paling cepat untuk bina jenama sendiri adalah dengan menggunakan website dengan extension dot com sendiri. Ada banyak pilihan untuk memiliki website sendiri samada menggunakan hosting free atau berbayar. Jika anda baru bermula mungkin anda boleh mencuba untuk menghubungkan blogger(.blogspot) anda ke domain dotcom pilihan anda. Kos untuk membeli domain dalam anggaran RM45-RM50 setahun untuk domain dengan extension .com, .net, .org atau .info. Domain yang paling bagus adalah .com.
===================//==========
Nota: Sila PM sekarang untuk kami bantu anda dapatkan domain .com dengan harga yang lebih murah. Dengan kos hanya USD7.99=RM33.43(pada 22/10/2019). Hanya untuk 10 orang terawal sahaja.
=================//=============
Apabila memiliki website sendiri inshaallah jenama anda akan nampak profesional. Anda akan dilihat berbeza dan jauh ke depan berbanding pesaing anda yang belum memiliki website.
Cuba anda letak diri anda sebagai pengguna sekejap...Katakan anda nak beli sesuatu produk yang berjenama first time anda dengar. Bila anda search dekat google anda jumpa website produk tersebut. Adakah anda akan lebih yakin yang jenama tersebut memang benar-benar wujud? Sudah tentu anda bertambah yakin kan?
Bagaimana pula jika website jenama tersebut menyediakan kedai online/ecommerce? Berapa tahap keyakinan anda sekarang?
Jadi...jika kita sebagai pengguna kita akan bertambah yakin bila owner produk ada website profesional kenapa kita sebagai usahawan tidak memanfaatkan kelebihan ada website sendiri?
2. Tiada FB Page official.
Fungsi asal fb adalah alat untuk bersosial. Namun mereka menyediakan kemudahan fb page khas untuk bisnes dan public figure. Untuk usahawan, fb page boleh dijadikan sebagai alat pemasaran yang akan membantu menarik pelanggan masuk ke kedai online atau website kita. Untuk membina jenama dengan cepat setiap usahawan sepatutnya mempunyai fb page yang official berdasarkan nama produk. Mungkin boleh pilih samada meletakkan perkataan official atau hq di belakang nama page. Tujuannya adalah supaya pelanggan tahu yang fb page tersebut memang khusus untuk owner manakala untuk agent mungkin boleh meletakkan nama yang sama cuma perlu tambah perkataan lokasi contohnya agent produk x kota bharu.
Apabila kita sebagai usahawan tidak memanfaatkan fb page official menyebabkan kita susah untuk menarik fans dan memanfaatkan fb ads. Kita semua tahu yang pihak fb sudah menetapkan fb page untuk membuat iklan fb ads jadi kenapa kita masih fokus kepada fb profile?
3. Terlalu fokus kepada satu2 media sosial sahaja.
Kesilapan ini juga ramai usahawan tidak sedar. Mereka terlalu taksub dengan satu medium sahaja apabila menggunakan media sosial sebagai alat pemasaran. Contohnya hanya bergantung kepada fb sahaja atau instagram sahaja. Kita perlu ingat balik yang tujuan pemasaran adalah untuk buat orang nampak. Jadi manfaatkan kemudahan media sosial lain. Sepatutnya kita kena buat orang nampak kita dihampir semua tempat. Bila orang taip nama produk kita di google search kita biar semua platform muncul jenama produk kita. Gunakan teknik omni channel iaitu nama yang sama di semua platform. Sangat bagus jika orang jumpa produk kita di blog, fb page, twitter, instagram, pinterest, youtube, linkedin dan lain-lain platform. Biar page pertama google search adalah jenama kita sahaja. Boleh?
4. Tiada pemasaran offline
Walaubagaimana penting sekalipun pemasaran online jangan sesekali lupakan teknik pemasaran offline. Pemasaran online dan offline tidak boleh dipisahkan. Ia ibarat satu pakej. Contohnya bila kita nak orang nampak website kita mungkin kita boleh tulis alamat website kita di banner, bunting, business card atau flyer. Gabungan offline dan online akan memudahkan pelanggan untuk mencapai dan mengenali produk kita.
5. Tidak daftar website di enjin pencari
Bagi usahawan yang sudah ada website profesional amatlah rugi jika tidak mendaftar website di enjin pencari seperti google, yahoo, bing dan lain-lain. Pendaftarannya adalah percuma. Submit url website anda supaya ia mudah dijumpai di enjin pencari.
Itu sahaja perkongsian saya hari ini mengenai kesilapan yang sering usahawan lakukan dalam pemasaran online. Ada banyak lagi kesilapan yang perlu dielakkan dalam pemasaran online. InshaAllah akan datang saya akan kongsikan lagi kesilapan2 lain yang inshaAllah dapat membantu kita memperbaiki bisnes agar bertambah maju dan berkembang pesat. InshaAllah....
#pemasaran
#pemasaranonline
#integratedmarketing
#integratedonlinemarketing
#eshop
#ecommerce
#kedaionline
#tipsbisnes
#tipspemasaran
#zakuanmohamad
#zealrichacademy
0 comments: